Bab 1
IRFAN Thaqif,
seorang jejaka yang tampan. Bapanya, Dato' Harith pemilik syarikat Asian Corporations. Bapanya merupakan
warganegara Malaysia yang mempunyai darah kacukan Korea dan memeluk agama Islam
selepas berkahwin dengan ibunya, Datin Rabiatul, Arab-Belanda. Irfan Thaqif
merupakan seorang pemuda yang bergaya. Dia digilai ramai gadis, sebut saja
namanya, satu universiti kenalnya. Menantu idaman mak cik-mak cik.
Irfan keluar dari Lamborghini Aventador Roadster miliknya
dengan bangga. Masakan tidak, keretanya itu bernilai RM 3 juta! Ramai gadis
berpusing kepala, memandang pemuda tampan itu. Rambutnya yang terpacak hitam,
dipadankan pula dengan kulitnya yang putih melepak, bibirnya merah, matanya
redup... Sesiapa yang memandang anak matanya pasti akan cair kerana panahan
matanya.
"Siapa tu?" soal Eryna Qaisara pelik. Dia
merupakan pelajar baru.
"Irfan Thaqif, the hottest
guy di U," jawab Adriana. Matanya melekat pada pemuda tampan itu.
Raisha turut memandang Irfan. Tampan memang tampan, tapi, entah mengapa dia
tidak berminat dengan Irfan.
"Dia memang ada ramai peminat ke?"
"Semua beb."
"Woah. Semua
pelajar perempuan suka dia?"
Adriana mengangguk.
"Hebatnya," bisik Eryna.
"That's my hubby."
Eryna ketawa. "Teruknya kau."
Adriana tersenyum. "Dia akan grade hujung tahun ni," ujarnya dengan nada yang sedih.
"Alaa... janganlah sedih."
"Aku akan rindu dia."
Eryna mengusap-usap bahu Adriana. "Janganlah
sedih..."
"Sayang!" laung satu suara sumbang. Semua orang
menoleh. Pelajar perempuan mula membuat gaya menyampah.
Irfan menghadiahkan senyuman. "Apa, baby?"
"Lama I tunggu you," rengek Marina. Dia memeluk
erat lengan Irfan.
"Traffic jam,
baby. Dahlah. Nanti I bawak you shopping."
"Serious? I love
you, SAYANG!" Perkataan 'sayang' sengaja ditekannya.
"Eee... menyampahnya aku dengan perempuan tu!"
bisik Adriana geram.
"Kenapa? Mereka berdua couple ke?"
"Yela. Perempuan tu bukan main lagi gedik. Apa Irfan
tengok kat Marina tu?"
"Dia pun cantik. Dahlah, biarkan dia. Hmm?" pujuk
Eryna.
"Kalau Irfan couple
dengan kau tak apalah jugak. Kau cantik, sesuai dengan Irfan."
"Ish! Apa kau merepek ni? Tak hingin aku."
"Malu-malu kucing pulak."
"Eh! Takdelah! Aku memang tak suka dialah!"
"Kau buta ke? Irfan tu handsome giler!"
"Aku tak berminat dengan dia. Tu je. Aku nak pergi
kelas ni."
"Biar aku temankan kau."
Eryna tersenyum, senang hati. Mereka berdua berjalan ke
kelas Eryna.
xxxxxxxxxxxxxxx
"HAI,"
tegur Syazwan.
Eryna menoleh. "Hai."
"Emm... may I
join?"
"Boleh."
Syazwan duduk di hadapan Eryna. "Seorang diri?"
soalnya.
"Emm..." Eryna mengangguk. Dia memang agak pemalu
apabila berdepan dengan orang yang tidak dikenalinya.
Syazwan membuka buku. "Syazwan Fariz," ujarnya,
memperkenalkan diri.
"Eryna Qaisara."
"First day ke
hari ni?"
"Ya."
"Oh. Patutlah tak pernah tengok awak sebelum ni. Ambik
jurusan apa?"
"Medical.
Awak?"
"Business."
Eryna mengangguk tanda faham. "Selamat
berkenalan," katanya.
Syazwan mengangkat kepalanya. Dia memandang muka Eryna.
'Cantik,' desis hatinya.
Eryna kembali membaca buku. Nervous apabila diperhati sebegitu oleh pemuda tampan seperti
Syazwan. "Selamat berkenalan juga," jawab Syazwan.
Eryna menghadiahkan senyuman kepadanya. "Awak..."
"Hmm?"
"Err... awak kenal Irfan Thaqif?"
"Mestilah. Satu universiti kenal dia."
"Kenapa?"
"Alaa... biasalah. Orang handsome, of course ramai
peminat."
"Awak kawan dia?"
"Dia friendly,
cuma dia tu sombong sikit. Kami berkawan sejak sekolah menengah lagi."
"Kawan rapat la ye?"
"Ya."
"Oh."
"Tapi, Irfan jarang bergaul dengan perempuan."
"Kenapa?"
"Pertama, Marina tak benarkan dia. Dan kedua, dia
memang tak suka."
Eryna mengangguk-anggukkan kepalanya. Dia kembali mengulang
kaji pelajaran.
xxxxxxxxxxxxx
MARINA menghampiri
Irfan. "Hai, sayang!"
Irfan menoleh. "Kenapa lambat?"
"Alaa... sayang. Setengah jam je, kan?"
Irfan tersenyum lebar. Dia memeluk bahu Marina. "Baby nak pergi mana?"
"Shopping."
"Okey. Demi baby,
I sanggup buat apa-apa je."
"Sweetlah you
ni."
"Sweet
ke?"
"Sayang macam terlalu sayangkan I."
"Babykan
bakal isteri I, mestilah sayang sepenuh-penuh hati I."
"Emm... bila kita kahwin ek?"
"Lupa pulak baby
ni. Bulan depan."
"Awalnya?"
"Takkanlah nak tunggu kita habis grade?"
Marina menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia
menoleh-noleh, mencari seseorang. "Sayang, I ada hal. Nanti I datang
lagi."
"Baby tak nak
shopping ke?"
"Tak perlulah. Bye."
Irfan membalas lambaiannya. Dia berjalan ke kereta mewahnya.
xxxxxxxxxxxxx
HARI itu
merupakan hari kedua Eryna menuntut ilmu di universiti itu. Dia keluar dari
bilik kuliah. "Eryna," panggil Syazwan.
Eryna menoleh. Dia mengukir senyum. "Saya lupa nak
beritahu awak, panggil saya Ery," katanya apabila dia sudah pun berdiri di
hadapan Syazwan.
"Ery? Tak kelelakian ke?"
"Biasa je. Lelaki boleh, perempuan pun boleh dipanggil
Ery."
"Hmm... lapar?"
Eryna menggeleng. "Awak tak ada kelas ke?"
Masih ada masa lagi."
"Tak perlulah. Terima kasih."
Syazwan tersenyum hambar. "Apa kata kita makan bersama
hujung minggu ni?" cadang Eryna.
"Kita berdua?"
"Err... tak. Kita bawak kawan sekali."
"Okeylah. Lebih elok, kan?"
Eryna mengangguk. "Wan..."
Syazwan dan Eryna menoleh. "If."
Lidah Eryna kelu apabila melihat Irfan. Matanya...
memukaukan.
"Kau ada tengok Marina tak?"
"Tak. Kenapa?"
"Dia janji nak lunch
dengan aku."
Syazwan memandang muka Eryna. "Kawan awak mana?"
"Masih dalam kelas kut."
"Betul tak nak join
kami?"
"Betul. Saya belum lapar lagi."
"Okey."
"Erm, bye,"
ucapnya kepada Syazwan.
"Bye..."
Eryna berjalan melalui Irfan. Akibat terlalu gemuruh,
kakinya terpelecok lalu dia jatuh. Namun, seseorang berjaya menangkapnya. Irfan
Thaqif. Pandangan mereka bertaut. Jantung Eryna berdegup semakin kencang.
Dadanya menjadi sesak apabila melihat mata Irfan. Lama mereka begitu,
sehingga...
"Ehem..." Syazwan berdehem.
Cepat-cepat Irfan menolong Eryna untuk berdiri. "Maaf
" ucapnya lalu melarikan diri. Dia melekapkan tangan kanannya ke dada,
cuba menenangkan diri.
Eryna dan Syazwan berkebil-kebil. "Macam mana awak
boleh jatuh?" soal Syazwan.
"Kaki saya terpelecok."
"Oh. Masih sakit ke?"
"Tak," bohong Eryna.
"Baguslah kalau macam tu. Saya pergi dulu. Bye."
"Bye."
Syazwan mengejar Irfan. Eryna duduk di sebuah bangku,
menanti Adriana.
xxxxxxxxxxxxxx
MARINA memandang
gambar tersebut. Dia tersenyum sinis. "Akhirnya aku bebas," bisiknha
perlahan. Gambar Eryna dan Irfan ditatapnya dengan puas. Dia yang ketika itu
sedang mencari Irfan terjumpa Eryna dan Irfan.
"Hai, baby,"
tegur Irfan dari belakang.
Marina tersentak. Cepat-cepat dia menyimpan telefonnya ke
dalam beg sandangnya. "You buat I terkejutlah."
"Sorry, baby marah
ke?"
Marina menjelingnya. "Alaa... janganlah merajuk,"
pujuk Irfan.
Marina meninggalkannya. Irfan ketawa. Dia mengejar gadis
itu.
xxxxxxxxxxxxxx
"GOOD morning,
pa, ma, adik, abang," sapa Irfan. Dia duduk di meja makan. Mak Mah menuang
milo suam ke dalam cawan lalu menghulurkannya kepada Irfan. Irfan menyambutnya.
"Kenapa semua senyap je?" soalnya pelik.
"Papa nak tanya If, If sayang Marina?"
Dahi Irfan berkerut. "Mestilah."
"Kalau dah sayang, apa ni?" Sampul surat itu
dibaling kepada Irfan. Irfan terdiam sejenak. Terkejut dengan perbuatan kasar
bapanya. Dia membuka sampul surat itu. Matanya membulat apabila melihat gambar
itu.
"It's just an
accident!"
"Sekarang keluarga Marina batalkan perkahwinan
kita."
"What?"
"Bacalah surat tu!"
Irfan mengeluarkan surat yang turut disertakan. Dia
membacanya.
Sayang,
I memang sayangkan you, tapi ini untuk kebaikan kita. I rasa
you dah tak sayangkan I sejak pelajar baru tu datang. I rasa yang I bertepuk
sebelah tangan. And I was right. Ini buktinya. You tahu tak betapa kecewanya I
apabila I tengok gambar ni? Hati I hancur. Jadi, lebih baik kita stop our
wedding. This is for our own good.
Marina
"Papa nak kita teruskan perkahwinan tu."
Irfan diam.
"Kahwin dengan perempuan dalam gambar tu," sambung
Dato' Harith.
"Hah?!" Mata Irfan bulat.
"Kahwin dengan dia."
"Tapi, pa. If tak kenal pun dia!"
"Takkan If berpelukan dengan stranger."
"Sumpah! If tak kenal dia!"
"Jangan bersumpah, If," larang abangnya, Iwan,
yang duduk di sebelahnya.
"If tak akan kahwin dengan dia, pa. Ma, help me."
"Maafkan mama, nak."
"Abang," rayu Irfan.
Iwan tunduk. Dia berpeluk tubuh.
"Nanti, beritahu perempuan tu... If dan dia akan
berkahwin bulan depan."
"Tapi-"
"My decision is
final."
Irfan meneguk airnya lalu keluar dari rumah.
xxxxxxxxxxxxxxxxx
IRFAN berjalan
sekitar universiti, mencari Marina. Dia melihat Marina sedang bertelefon dengan
seseorang. Dia menghampirinya.
"You."
Marina menjelingnya lalu meninggalkannya. Irfan mengeluh.
Dia menggaru kepalanya.
"Kenapa ni, If?" soal Syazwan.
Irfan mengeluh. "Marina marah dengan aku."
"Asal?"
"Semalam aku tangkap pelajar baru tu daripada jatuh,
kan?"
"A'ah."
"Ada orang sabotaj aku. Dia hantar gambar tu kepada
Marina."
Syazwan diam sejenak. Dia menepuk belakang Irfan.
"Kau jangan risau. Biar aku pujuk dia."
Irfan mengangguk. Syazwan mencari Marina. Dia melihat rakan
Marina sedang duduk di sebuah bangku seorang diri. "Hani,"
panggilnya. Dia duduk di sebelah gadis itu.
"Kenapa?" soal Hani.
"Kau ada tengok Marina tak?"
"Err..."
"Be honest."
"Aku tak pastilah."
"Please..."
"Betul, aku tak tahu."
"Please..."
"Hmm... dia di luar."
"Apa dia buat situ?"
Hani mengangkat bahu. Syazwan menggosok kepala Hani. "Thanks."
"Sama-sama," jawabnya sambil mengatur rambutnya
yang tak terurus. Syazwan meninggalkannya.
"Wan! Mana Marina?" soal Irfan. Dia mengekori
Syazwan dari tadi.
"Ish! Kau buat aku terkejut je." Syazwan
mengusap-usap dadanya akibat terkejut. Irfan tersengih.
"Sorrylah.
Kita nak pergi mana ni?"
"Luar."
Sebaik sahaja sampai di luar kampus, mereka melihat Marina
sedang terlentok-lentok sambil bercakap dengan seorang pemuda. Syazwan kaku.
Dia memandang Irfan yang menahan sabar.
"Sabar, If."
Irfan terus masuk semula. Dia perlu berjumpa dengan Eryna ASAP!
xxxxxxxxxxxxxxx
TANGAN Eryna
ditarik. "Siapa nama kau?" soal Irfan kasar. Adriana tergamam. Itulah
kali pertama Irfan menanyakan nama seorang gadis.
"Err... Eryna Qaisara. Panggil aku Ery."
"Aku tak teringin pun nak tahu panggilan kau."
"Suka hati akulah! Nanti tak fasal-fasal kau panggil
aku Eryna."
Irfan memandang mukanya tajam. "Kahwin dengan
aku."
"Hah?" Adriana dan Eryna terlopong.
"Kahwin dengan aku."
"Ke... kenapa pulak?"
"Jangan banyak soallah. Bulan depan kita kahwin."
"Tak naklah."
"Kita kahwin. Full
stop."
Lalu Irfan meninggalkan Eryna dan Adriana yang
terpinga-pinga.








